Monday 23 July 2012

Siapa dia?



Orang atas ni la. Orang atas ni. Bukan phone aku sorang je nak kena baling kat anjing. Phone dia campak lombong je la. STRESS! Penat pandang phone. Takde ape pun. Bapaks sedihs. Mencik! Mencik! Mencik! 


Boleh baling anjing sekarang tak phone ni? 

Boleh campak lombong sekarang?

apa-apa pun...

stay smile, stay cute. :)




Sunday 22 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak


Saya, dengan ini.. Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak walaupun dah terlambat sehari. masih boleh kan? huhu. Alhamdulillah habis sehari yakni semalam kita berpuasa.. Alhamdulillah ada rezeki untuk berbuka. Alhamdulillah dapat jumpa Ramadhan tahun ni.. Alhamdulillah panjang umur lagi. Alhamdulillah.. So, disini saya nak bercerita. bahawa semalam saya dapat berbuka bersama sahabat yang sekian lama tak jumpa. Nur Ezzati Arshad. Although tak berkesempatan nak tangkap gambar dengan dia. Dapatlah tangkap gambar anak saudara.. huhu. 

Muhammad Eid Asri. Comel kan? huhu.

Yang kedua duanya nak cerita.. Sambut Ramadhan tahun ni dengan kaklong jee. Tak dapat nak sambut dengan family kat Melaka. huu. Sedih :'(


and and and.. Gua happy sebab pergi balik dapat naik KTM baruu.. A bit lambat lah nak merasa. Huh! Kesah pula? Nak cerita juga!! :)






Sampingan~

Water Heater for Ramadhan and so on~



err.. Rak buku baru Makcik Zetty menyelit.



WAAA!!!!! TAB BARU MAKCIK ZETTY!!! WAAA!! WAA!!!


stay smile, stay cute. :)






Friday 13 July 2012

Rumah baru~

assalamualaikum.. :)

Sem baru ni dah duduk kat rumah baru laaa. Alhamdulillah KPM dapat hostel tambahan kat KKTM. Jiran je.. tak jauh pun. Memang tak jauh.. Huhu.. And yes. Rumah baru ni dah betul macam rumah daaa.. Im just got back from Tesco.. And I bought Dishwasher Drainer. huhu.. :) Semangat Cik Jedat memasang benda benda tuu.. huhu.. 



Macam suasana kat dapur. Tapi sebenarnya kat atas rak kasut. huhu. Duduk 4 orang dah macam 10 orang haha. :)

****************************************************************************************


Yang ni sedih sikit laaa.. Hurm.. baca kat atas tuu? baca kann?? Yes, My Bestfriend nak pergi sambung belajar kat sana.. Jauhnya nak tinggalkan aku.. huuu.. Anyway, aku still tumpang gembira untuk dia. Dah berjaya sambung belajar and hampir capai apa yang dia nak. Good Luck sahabat. Kau belajar lah rajin rajin kat sana. Aku sayang kau. Jangan lupa aku taww... Lots of love from me.. Mmuahx! :*

Aku rindu kau setengah mati.. huhu. :)

stay smile, stay cute. :)



Second day.

assalamualaikum. :)

Yeah. The class for the second day. Banyaknya assignment. First day dah dapat dua. Second day another one. Now, dah ada 3. Yeay. Memang best lah kan... Dah la kena buat video Tutorial. What? Tutorial? Yeah. TUTORIAL. Gua ulang lagi, TUTORIAL. Apa ntah nak buat? Fuuuhhhh.. Bila sebut tutorial.. Zaaapp! Dalam kepala dah fikir Tudung Bawal laaa.. Shawl laaa.. Tapi, syarat untuk pass kena bagi semua kawan kawan buat sekali apa yang ditunjukkan dalam video... Thats mean, kalau buat Shawl, Tudung Bawal, Pashmina, Qafishna, eh, takde Qafishna... Qafishna kawan. huhu. sowy yewww.. Okay, back to the topic. Thats mean, lelaki pun kena pakai... Gua bayang dah LELAKI PAKAI SHAWL. Lawak beb. Haha. Ingat  nak buat bunga pakai kertas. Tapi, ada orang lain dah buat jugaa.. OHSHEET. Apa nak buat dah ni.. Beri idea peliss.. :)

************************************************************************************************

Riadah untuk Second KASUKMA. Kalau tak tahu apa itu KASUKMA.. Its stands for Karnival Sukan Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA. huhu. Beriadah petang tadi ngn makcik Zetty.. hewhew. :3 Tengok budak budak Freshie main Frisbee. Tahu Frisbee? Oh, piring  terbang yang macam UFO tuu.. yang kena kejar kejar tuu.. Senang cite, yang omputih selalu main ngn dog dorang tu haaa laa. huhu. Act, sedang menunggu bola untuk main Netball. Tu yang tengok budak Freshie main Frisbee tuu.. Macam kanak kanak Ribena dah haii.. hehe. :)




dah macam waktu Orientasi dulu. Siap pakai ID lagi. huhu. :p

ha, ni makcik menyibuk je nak enterframe. haha, :p





okay lah, sampai sini sahaja.. assalamualaikum..

stay smile, stay cute. :)






Tuesday 10 July 2012

Permulaan Semester 3

assalamualaikum. :)
Semester ni lain dari sem yang lain.. Hostel di KKTM Beranang leww.. Sebab KPM Beranang dapat hostel tambahan kat sini.. best la.. Dapat rasa juga macam College Life. :)

*************************************************************************************************************

#First Day at KPM

Mencari-cari di mana yang harus menginap untuk sementara waktu. Akhirnya ditempatkan di bilik 106 Kamsis Khadijah. Duduk melepak-lepak kat bilik LikeABoss. And yeah esok nak jadi Faci English Camp.

#Second Day at KPM *EnglishCamp*

Yeah! Best gilak English Camp sem ni. Tak selama English Camp sem lepas. But seriously memang the best lah. adik adik Freshie baik baik and memang best lahhh... Tetiba pula terjumpa budak junior sekolah BTS dulu. Tak sangka. :)

adik2 akak memang comel2. :)

tahniah! :)


p/s: tak tahu dah nak tulis apa. :)

stay smile, stay cute. :)


Tuesday 3 July 2012

tetibe jee...

assalamualaikum pembuka bicara.. :)
sedang bosan2 meneman mak main game bejeweled. tension je. nak mengumpul batch2 yang ada. huhu. mak mak.
hari hari terfikir benda sama je. asrama.. asrama.. asrama..
bila nak masuk ni.?
perasaan nak balik kolej membuak buak dah.
tapi, nak jumpa kawan kawan je lah. belajo maleh eh! hehe.

bukan nak cakap ah. cuma nak mengata je.. ahaks!
keputusan bilik hostel ni bila nak kuar ni yang?
ponek den nak tunggu ni haa..
nak balik dah ni.
minggu depan dah nak daftar.
bilik pun takdok hape pon takde.
aish~ nape lah kena tersekat kat sini.
=='

time flies~
pejam celik pejam celik.
dah nak masuk sem 3 rupanya..
wow! cepatnya masa berlalu. lama2 abes dah belajar.
dah dapat diploma.
pejam celik pejam celik lagi.
bangun tidur dah kat overseas. *berangan*
insyaAllah.. :)

kawankawan~
rindu ah!
mawar telepot, naqiah nasuha keembong, hang jedat, mak cik lin, ella moshix, mak cik zetty, and ramai lagi lah! *yang tak tertulis rindu banyak2 juga. wink2*
seperti yang diperkatakan di atas, memang nak balik jumpa kamu2 je. semangat belajar... *garu kepala*
baru sebulan lebih je tak jumpa. terasa seperti bertahun lamanya. haha. *jiwang sebentar bersama kitkat. ktetiba*
nanti jumpa nak kiss bersaliva lah bak kata makcik zetty. haha


dah takdok bendo lah nak merepek. nak upload gambar pun tak tahu gambar apa. huhu. takpelah. dah la kot.. :)

stay smile, stay cute. :)

Monday 2 July 2012

pembukaan yang tak diundang.

assalamualaikum.. kalau tengok tajuk tu macam suspen kannn. :)
takdelah nak cerita suspen sangat. cuma pembukaan yang tak diundang lah.
"apa yang tak diundangnyaaaa... penat dah tunggu ni...."
yeah. tak diundang. alaaa.. yang tak diundang tuuuu... hihihi. :p

pertama tama yang tak diundang - permasalahan tentang rumah sewa. begitu banyak cerita. ada suka ada duka. *ktetibe*. nak cerita macam malas ah. k memang malas. dipendekkan je la yew. makcik zetty yang bersusah payah merentas lautan api yang bergelora, gunung ganang setinggi everest, berfixie dari sini ke sana sana ke sini semata mata untuk mendapatkan kunci rumah sewa yang akhirnya tak jadi diduduki. hakhak. maaflah makcik zetty yew. kita hanya merancang, Allah yang tentukan. :)

kedua dua yang tak diundang - pengumuman last minute. yeah. ihatethissosososomuch. kenapa? tak boleh buat preparation awal awal ke yang? haish. bukan nak marah laa. tapi marah la juga. *ntah pape lah nana ni. hihi* lain kali buat lah kerja cepat2 takdelah nak menyusahkan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. menyampah haii.. tapi, nasib baik lah tak menyakitkan hati sangat pengumuman last minute nye tuu. pape pun nana, life must go on. bukan tak boleh kan. boleh. jika kau fikirkan kau boleh. kau pasti boleh melakukan. *ktetiba lagi*.

ketiga tiga yang tak diundang - sebenarnya ni nak cukupkan ke-afdhal-an je. kan orang cakap, buat sampai tiga lebih afdhal. hihi. tapi, cite ah sikit juga. perasaan yang berkecamuk sebelum buka sem. betul betul tak diundang. hoi perasaan jangan nak berkecamuk sangat lah weyh. aku penat lah nak melayan. tapi, alhamdulillah sekarang dah okay. sabar nana ye. every problem have the solving way. :)

kempat empat nye lah - terima kasih sudi membaca entri yang err ni. hehe. pape pun. doakan yang terbaik untuk apa jua keadaan. insyaAllah sem baru, azam baru, COPA menanti. 


stay smile, stay cute. :)